Laman WEB Rasmi APM

Ahad, 28 Julai 2019

LAIN LAIN KES(LLK) - LEMAS-






Tarikh: 27/07/2019
Masa: 1200
Lokasi: Pantai Teluk Batik

Pada tarikh 27/07/2019, jam 1200 menara baywatch teluk batik terima 1x kes LLK(Lemas) di Pantai Teluk Batik .Untuk makluman 3x mangsa adik beradik sedang mandi manda di kawasan gigi air dengan menaiki pelampung dan secara tiba-tiba mereka telah terlepas dari pelampung lalu dipukul ombak.Tindakan pantas dari seorang pegawai dari pihak TLDM telah membantu menyelamatkan mangsa dan dibantu oleh penyelamat pantai(APM).Ketiga2 mangsa berjaya diselamatkan dan mereka dibawa ke menara penyelamat pantai.
Sementara itu, Pihak APM menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah Manjung (PKOD) untuk meminta bantuan ambulans bagi membawa mangsa yang terselamat.Untuk makluman, keadaan kesemua mangsa stabil



Tiada ulasan: